TEGAS,TELUS DAN BERTERUS TERANG

A Blog.com weblog

Suku Murut ‘Berian’ mahal lebih RM20 ribu?

Filed under Berita Semasa by gonod52 on 23-12-2009

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Mahkamah Anak Negeri (MAN) di sini dijangka akan memperkemaskan lagi urus-tadbir berhubungkait dengan adat istiadat anak negeri khususnya berkaitan dengan ‘Berian’ dan ’Pertunangan’ bagi suku kaum Murut agar lebih bertoleransi yang bersesuaian dengan situasi semasa.

kahwinKetua Daerah (KD) OKK David Jani berkata demikian kepada media, dimana sejak akhir-akhir ini pihaknya telah menerima maklum balas daripada pelbagai pihak yang mendakwa kononnya ada ibubapa mengenakan harga ‘berian’ yang terlalu tinggi melebehi kemampuan seseorang lelaki biasa.

“Untuk mengatasi dan membendung kegiatan ini pihak mahkamah (Anak Negeri) akan mengadakan beberapa siri perbincangan dan seminar untuk membincangkan keperluan serta memperhalusi aspek mengenai wang hantaran berian ini,” kata David yang kesal dengan kejadian tersebut.

David berkata demikian sejurus selepas beliau mengendalikan seminar penjawat awam adat-istiadat terdiri daripada Ketua Anak Negeri (KAN) dan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di bilik mesyuarat Pegalan Pejabat Daerah disini pada Rabu.

Menurut David, dalam seminar itu antara lain kesepakatan untuk membukukan adat-istiadat pantang-larang, muzik tradisional dan ubat-ubatan herba suku kaum Anak Negeri.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa para Ketua Kampung (KK) juga telah bersetuju supaya penghantaran berian perkahwinan perlu diputuskan mengikut adat-istiadat setiap suku tanpa dipengaruhi oleh sebab-sebab lain yang kurang munasabah.

“Kita tidak mahu masalah berian yang diluar kemampuan jadi penghalang kepada setiap generasi muda kita yang berhasrat untuk berumah tangga,” kata David lagi.

“ Pemberian sebutan harga berian sememangnya hak sesuatu keluarga itu…tetapi janganlah keterlaluan sehingga menghalang jodoh bagi kedua dua mempelai yang bakal mendirikan rumah tangga,” tambah beliau lagi.

Sehubungan itu, David mengajak semua WKAN dan KK agar memberikan kerjasama untuk membuat penyelarasan demi kebaikan kalangan generasi muda di samping memelihara adat-istiadat supaya terus relevan.

Sebagai perancangan tahun 2010 kata David, pihaknya antara lain akan menyusun jadual lawatan ke setiap mukim untuk memberikan penjelasan berkaitan adat-istiadat Anak Negeri dalam bentuk baru supaya tidak ada lagi yang mengadu kurang faham atau yang sengaja buat tak faham.

“ Selepas penyusunan semula ini kita diMahkamah tidak mahu mendengar rungutan lagi yang mengatakan masalah berian berpuluh puluh ribu menggagalkan kelangsungan perkahwinannya…kita ada peraturan dimana Mahkamah hanya berkuasa mengiktiraf sebutan berian sebanyak RM10,000 kebawah, dan jika ia disebut lebih daripada itu, maka adalah tertanggung kepada ibubapa berkenaan itu sendiri,” tegas beliau lagi.
Ends///..

Leave a Reply

Subscribe to RSS Feed Rss